Sunday, May 9, 2010

Revolusi

Memblog pada hari ini sangat mudah. Semuanya hanya perlu diseret mengikut kemahuan. Kepala hanya perlu disalin dan tampal. Tidak perlu lagi bersengkang mata membuat kod HTML dan CSS. Walaubagaimanapun, blog aku tetap primitif. Blog terdahulu sekurang-kurangnya mempunyai animasi.
Kembali kepada topik asal.
Aku mengenali dunia blog kerana AF3 iaitu pada tahun 2005. Blog pertama yang aku ikuti ialah blog sultanmuzaffar diikuti dengan kroninya seperti klubbkidd, mrmanager, mentallydisturbed. Siapa yang tidak rindu dengan aplikasi Haloscan sebagai ruangan komen dan diskusi.
Usai AF3, aku mula mengikuti perkembangan Geng Jurnal. Otai pada ketika itu ialah Tok Rimau, Mat Jan, Sinaganaga, kelambu kemudian Abdullah Jones. Aku hanya membaca, jarang sekali memberi pandangan. Malah aku akui, tulisan aku dahulu banyak dipengaruhi mereka. Kemuncak ketagihan aku terhadap blog ialah apabila Geng Jurnal menerbitkan Blook, iaitu himpunan beberapa blog yang menarik dan dibukukan.
Kemudian, aku mula memberi pandangan di blog rakan-rakan kolej, terutamanya deney budak busuk dan juga blog veritas. Aku mula mengikuti blog rakan sekolah yang amat aku kagumi, crimsonskye. Ketika inilah silaturrahim terjalin di antara kenalan MIRC terutamanya Encik One. Apabila blog pertama aku meniti di bibir beberapa pelajar kolej, aku menukar alamat.
Apabila bermastautin di bumi penjajah, aku mendapat idea untuk mendokumentasi kehidupan di sana. Maka terhasillah blog aku yang sebenar-benarnya. Aku mula mendapat ramai kawan atas talian seperti wawa, wawa, sankai dan kimie. Aku berpeluang untuk bersua dengan Kimie pada tahun 2008. Blog sampulnak membawa aku menempuhi kehidupan. Perasaan rindu dan sedih diluahkan di sana. kenangan manis turut diabadikan. Malah aku cuba berkarya dengan tajuk Aspuri. Menacari musuh dan sahabat kerana pendapat mentah mengenai konflik Indonesia-Malaysia .
Membaca Sampulnak sememangnya menunjukkan betapa cara penulisan dan cara berfikir aku berevolusi di bumi penjajah. Kini, aku kembali dengan blog Perjalanan sebuah Saga Putih. Semoga blog ini akan memberikan banyak manfaat seperti si Sampulnak.

2 comments:

WaWa said...

hai.

sepanjang aku berhiatus pun, banyak komen-komen diterima sebab entri indonesia-malaysia tu, sampai aku terpaksa tutup ruang komen. haha.

aku dah menulis balik kot, untuk berapa lama lagi, entah. jenguk lah.

tapi mungkin tak macam blog kau, blog aku tak berapa sangat evolusinya. masih di takuk lama mungkin.

www.fawari.net

ann said...

ko x sedar tu evolusi yang berlaku. banyak blog aku x dapat buka skrg sebab server kpmnet.

*sigh*

napa ko berhenti berhiatus?